Jenis Pengguna
Pengguna Dalaman
- Merujuk kepada warga Kolej Matrikulasi Labuan yang membuat tempahan bagi aktiviti atau program rasmi kolej.
- Tempahan dalaman tidak dikenakan bayaran selagi penggunaan adalah untuk urusan rasmi kolej dan bukan tujuan peribadi.
- Permohonan tetap tertakluk kepada semakan dan kelulusan mengikut aliran kerja sistem.
Pengguna Luaran
- Merujuk kepada individu, organisasi, agensi atau pihak luar yang ingin menggunakan kemudahan kolej.
- Permohonan luaran tertakluk kepada kelulusan Pengarah.
- Pengarah boleh meluluskan permohonan sama ada dengan bayaran atau tanpa bayaran, bergantung kepada pertimbangan dan ketetapan pihak kolej.
- Surat permohonan luaran akan dijana melalui sistem dan perlu disemak sebelum permohonan dihantar.
Peraturan Tempahan
- Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya lima (5) hari bekerja sebelum tarikh penggunaan.
- Tempahan pengguna luaran adalah terhad kepada tempoh maksimum dua (2) hari sahaja bagi satu tempahan.
- Tempahan akan disekat sekiranya bertindih dengan tempahan lain yang sedang diproses atau yang telah diluluskan.
- Bagi kemudahan yang mempunyai unit seperti gelanggang, pengguna perlu memilih unit yang ingin digunakan.
- Bagi kemudahan yang berkongsi ruang, tempahan mungkin disekat sekiranya terdapat pertindihan penggunaan ruang yang sama.
- Kemudahan yang ditutup sementara tidak boleh ditempah sehingga dibuka semula oleh pihak pengurusan.
Aliran Permohonan
Hantar Permohonan
Pengguna memilih kemudahan, tarikh, masa dan melengkapkan maklumat program.
Semakan Penyelaras
Penyelaras menyemak maklumat permohonan dan memberikan sokongan atau menolak permohonan.
Kelulusan Pengarah
Permohonan yang disokong akan dipertimbangkan oleh Pengarah untuk kelulusan akhir.
Bayaran Jika Berkaitan
Bagi permohonan luaran yang dikenakan bayaran, pemohon perlu membuat bayaran mengikut arahan sistem.
Status Akhir
Tempahan akan dikemas kini sebagai diluluskan, selesai, ditolak atau dibatalkan berdasarkan tindakan yang diambil.
Panduan Bayaran
Tempahan Dalaman
- Tidak dikenakan bayaran sekiranya penggunaan adalah untuk program rasmi kolej.
- Penggunaan bagi tujuan peribadi tidak dianggap sebagai tempahan rasmi dalaman.
Tempahan Luaran
- Tertakluk kepada keputusan Pengarah sama ada diluluskan dengan bayaran atau tanpa bayaran.
- Jika bayaran dikenakan, jumlah bayaran akan dipaparkan dalam sistem dan surat kelulusan.
- Bayaran hendaklah dibuat secara tunai di Unit Kewangan, Kolej Matrikulasi Labuan.
- Bagi permohonan luaran yang diluluskan dengan bayaran, bayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga (3) dari tarikh kelulusan. Tarikh akhir bayaran akan dipaparkan dalam sistem selepas kelulusan diberikan.
- Kegagalan membuat bayaran dalam tempoh ditetapkan boleh menyebabkan tempahan dibatalkan secara automatik.
Panduan & Anggaran Bayaran
Bayaran hanya terpakai kepada permohonan luaran yang diluluskan dengan bayaran oleh Pengarah. Jumlah bayaran adalah berdasarkan kadar aktif yang ditetapkan oleh Unit Kewangan dan boleh berbeza mengikut kemudahan, jenis kadar serta pilihan tanpa atau berserta kelengkapan.
Jadual Kadar Bayaran Semasa
| Kemudahan | Jenis Penggunaan | Jenis Kadar | Kadar | Tempoh / Nota |
|---|---|---|---|---|
| Astaka | Tanpa kelengkapan |
Kadar Harian Sewaan Harian |
RM300.00 | Untuk satu hari penggunaan |
| Dewan Mutiara | Tanpa kelengkapan |
Kadar Sejam Sewaan Sejam |
RM100.00 | Untuk setiap jam penggunaan |
| Dewan Mutiara | Tanpa kelengkapan |
Kadar Harian Sewaan Harian |
RM700.00 | Untuk satu hari penggunaan |
| Dewan Mutiara | Berserta kelengkapan |
Kadar Sejam Sewaan Sejam |
RM150.00 | Untuk setiap jam penggunaan |
| Dewan Mutiara | Berserta kelengkapan |
Kadar Harian Sewaan Harian |
RM1,000.00 | Untuk satu hari penggunaan |
| Gelanggang Badminton | Tanpa kelengkapan |
Kadar Sejam Sewaan Sejam |
RM17.00 | Untuk setiap jam penggunaan |
| Gelanggang Bola Keranjang | Tanpa kelengkapan |
Kadar Sejam Sewaan Sejam |
RM8.00 | Untuk setiap jam penggunaan |
| Gelanggang Bola Tampar | Tanpa kelengkapan |
Kadar Sejam Sewaan Sejam |
RM8.00 | Untuk setiap jam penggunaan |
| Gelanggang Skuasy | Tanpa kelengkapan |
Kadar Sejam Sewaan Sejam |
RM10.00 | Untuk setiap jam penggunaan |
| Gelanggang Tennis | Tanpa kelengkapan |
Kadar Sejam Sewaan Sejam |
RM10.00 | Untuk setiap jam penggunaan |
| Padang Bola Sepak | Tanpa kelengkapan |
Kadar Perlawanan Satu Perlawanan |
RM80.00 |
2 jam bagi satu blok perlawanan
1 perlawanan bersamaan 2 jam |
| Padang Bola Sepak | Tanpa kelengkapan |
Kadar Sejam Sewaan Sejam |
RM80.00 | Untuk setiap jam penggunaan |
Semakan Anggaran Bayaran
Soalan Lazim
Adakah semua tempahan luaran dikenakan bayaran?
Tidak semestinya. Tempahan luaran tertakluk kepada keputusan Pengarah sama ada diluluskan dengan bayaran atau tanpa bayaran.
Adakah tempahan dalaman dikenakan bayaran?
Tidak, selagi tempahan dibuat untuk program atau aktiviti rasmi kolej dan bukan untuk tujuan peribadi.
Di mana bayaran perlu dibuat?
Bayaran perlu dibuat secara tunai di Unit Kewangan, Kolej Matrikulasi Labuan setelah permohonan diluluskan dengan bayaran.
Apa berlaku jika bayaran tidak dibuat?
Tempahan boleh dibatalkan secara automatik sekiranya bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan oleh sistem.